Pengenalan
Program
Ibadat Aqiqah OnLine adalah satu program
dimana sesorang yang berhajat untuk
mengaqiqahkan anak mereka mewakilkan
pengurusan Kijang Kota Trading untuk
menyempurnakan ibadat tersebut. Pembeli
hanya perlu memilih haiwan ternakkan yang
hendak di sembelih dari gambar sampel yang
dipaparkan, menyatakan butir-butir anak dan
membuat pembayaran kepada Kijang Kota
Trading.
Kijang Kota Trading pula, setelah
menerima pembayaran akan menguruskan ibadat
tersebut dan memilih ternakan untuk di
sembelih, melapah dan menghantar daging ke
Madrasah Tahfiz atau ke Rumah Anak Yatim
untuk di masak
Butir-Butir Aqiqah
Pembeli memberi butir-butir anak (nama,
jantina, tarikh lahir dan menetapkan dimana
daging harus disedekahkan) dan mewakilkan
pengurusan Kijang Kota Trading untuk
menguruskan penyembelihan, memasak dan
pembahagian daging.
Haiwan
Pembeli
memilih haiwan ternakan dari gambar sample
yang dipaparkan. Bagi haiwan ternakan
kambing, Kijang Kota Trading menyediakan 4
pilihan iaitu Bebiri Kampung, Bebiri Import
(Merino), Kambing Kampung dan Kambing Import
(Farell).
Lain-lain
Pembeli akan menerima Sijil Aqiqah dari
Kijang Kota Trading (optional). Sijil
tersebut akan di pos ke alamat pembeli
sebaik sahaja urusan Ibadat Aqiqah selesai.
Kijang Kota Trading akan mengambil amanah
untuk menyempurnakan amalan ibadat aqiqah
selewat-lewatnya 3 hari sebaik sahaja
menerima pembayaraan penuh, butir-butir anak
dan jenis haiwan yang di pilih.
|
| |
|
|
|